Jumaat, Ogos 21, 2009

Para pelajar 4E5N...

  1. Mulai sekarang, kesemua tugasan dan nota akan dimuatnaikkan ke dalam portal YTSS.
  2. Nama-nama kamu telah saya sertakan dalam kursus bertajuk Bahasa Melayu Peringkat 4E5N (kecuali IRINA. Band 2 dan 3 boleh minta saya kata laluan untuk turut serta jika kamu berminat).
  3. Setiap hari, saya akan memuatnaikkan satu (atau lebih) bahan BM ke portal.
  4. Kamu dikehendaki memuatturunkan fail-fail itu untuk latihan kendiri.
  5. Bagi latihan Kertas 2, sila buat dan semak sendiri berdasarkan Skema Jawapan yang disediakan. Bagi latihan Kertas 1, sila taip dan e-mel kepada saya (saya akan e-mel kembali ulasan saya) atau tulis dan hantar kepada guru yang mengambil alih tugas saya.
  6. Sila rujuk BLOG ini atau PORTAL saban hari untuk mendapatkan maklumat terkini.
  7. Harap maklum juga bahawa kamu boleh berkomunikasi dengan saya untuk bertanyakan soalan melalui pelbagai cara:
  • MSN (minta alamat saya daripada Amanda, Asrul, Ihsan, Farahnina atau Rahmat)
  • Papan Tag Blog
  • Sistem Mesej Di Portal
  • E-mel
  • Terutama bagi yang tiada capaian Internet, boleh gunakan SMS/panggilan telefon secara langsung

Kecuali saya sedang bersalin, di hospital atau masih belum pulih, saya akan sentiasa bersedia menjawab sebarang pertanyaan.

Sekian, harap maklum.

Khamis, Ogos 20, 2009

Mesej untuk pelajar 4E5N

Salam hormat, para pelajar 4E5N, tidak kira Band 1, 2 atau 3.

Tahniah saya ucapkan kepada kamu yang berjaya memperoleh gred yang kamu idam-idamkan. Syabas kerana akhirnya usaha kamu berbaloi juga! Saya bangga atas pencapaian kamu!

Bagi yang lain, tahniah kerana kamu telah lulus sekurang-kurangnya satu subjek.

Namun, bagi beberapa orang dalam kalangan kamu, gred yang kamu peroleh masih belum mampu memenuhi cita-cita kamu untuk mendapatkan A. Teruskan berusaha buat kali kedua ini untuk mencapai azam kamu. Jangan berputus asa!

Band 1
Bagi para pelajar Band 1 yang akan menduduki semula Kertas GCE ini pada bulan November, saya sudah bertekad akan terus cuba menyediakan bantuan kepada kalian selama saya masih larat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa secara fizikal di sekolah, namun itu tidak akan saya jadikan penghalang untuk kita berkomunikasi tentang subjek ini.

Maka itu, mulai hari ini, kita akan berbincang melalui ruang sembang portal sekolah tentang langkah-langkah selanjutnya. Kamu hanya perlu memasuki portal dengan kata laluan individu kamu seperti biasa, kemudian klik pada kursus bertajuk Bahasa Melayu Peringkat 4E5N (Kod modul: GCE 'O'). Klik pada Sembang-sembang 4E5N. Kita jumpa di sana pada jam 9.00 malam ini. Kesemua nama kamu telah saya sertakan dalam kursus ini kecuali Cik Irina Tan*.

Bagi yang tidak mempunyai kemudahan komputer atau Internet di rumah, bantulah mereka dengan menyampaikan sebarang mesej saya kepada mereka. Suruh mereka hubungi saya juga secepat mungkin.

*IRINA TAN, nama awak tiada dalam senarai portal. Hubungi saya untuk kata laluan! :)


Okei jumpa malam ini!