Berikut merupakan tugasan yang telah saya berikan kepada kamu dalam masa cuti penggal ini.
1. Kajian budaya: dalam bentuk projek Wiki (menggunakan AskNLearn - lelaman 'e-learning' YTSS)
- untuk 1N/ 1E
2. Ulasan buku: dalam bentuk portfolio
- untuk 1N/ 1E/ 1HML
Tidak ada perubahan bagi tugasan nombor 2 (sama seperti yang saya terangkan tempoh hari).
Namun, bagi tugasan nombor 1, kamu perlu:-
- Membentuk sebuah kumpulan yang dianggotai 4-5 orang (1E boleh bergabung dengan sesiapa tetapi bukan 1N; begitu juga dengan 1N tidak boleh bergabung dengan 1E).
- Kemudian, berdasarkan hasil kajian kamu bersama berkenaan cabang budaya yang telah kamu pilih, taip kajian kamu dalam bentuk Word Document kemudian simpan (Save) fail tersebut.
- Pastikan kamu bawa hasil kajian kumpulan kamu itu pada minggu pertama penggal ketiga nanti (bawa 'soft copy').
- Saya akan mengarahkan kamu apa yang perlu kamu lakukan apabila kamu kembali ke sekolah nanti.
Itu sahaja perubahan yang dapat saya terangkan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang apa yang akan dilakukan seterusnya, kamu bolehlah melungsuri lelaman Ask N Learn dan lihat tugasan bertajuk Projek Kajian Budaya. Di situ terdapat skema kerja dan kriteria penilaian atas projek kamu.
Akhir sekali, jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen di bawah ini.
Jangan menelefon atau menghantar SMS kepada saya kerana saya akan berada di luar negara hingga 20 Jun. Kamu tidak akan dapat menembusi talian saya. Terima kasih dan semoga kamu dapat rehat secukupnya cuti ini. :)
Salam mesra,
Cikgu Zahara
0 comments:
Post a Comment